Aku terduduk terdiam..Tidak sangka kisah kami akan berakhir begini..
Cerita bermula di sini.......
Aku dan dia baru sahaja berkenalan..Kami hanyalah insan biasa seperti orang lain..Namun pada suatu hari terdetik di hatinya untuk bertanyakan kepada aku tentang cinta..Masih segar di ingatan ku..Dia bertanya kepadaku.."Apa itu Cinta?"tanyanya ringkas.."Cinta itu perasaan sayang yang tidak terhingga kepada seseorang"
"Awak pernah bercinta?"dia bertanya lagi.."Pernah,,tapi dah lama..Dan sekarang hati saya sudah terbuka untuk orang lain seperti kamu."jawabku dalam nada yang ingin melawak..
Tetapi dalam diam,,sebenarnya aku sudah lama menyimpan hasrat kepada dia.Walaupun aku tidak mengenalinya,,namun ada perasaan yang membuatkan aku ingin mengenalinya lebih rapat.Sejak dari itulah aku mula rapat dengannya..Dan mula timbul rasa cinta aku kepadanya..
Aku sangat mengenalinya..Dia seorang yang berfikiran terbuka,baik hati,peramah,baik hati,suka membuat aku ketawa,teman ketika aku berduka,senang dan juga susah..walaupun sikapnya kadang-kala kebudakan,degil,dan seorang yang cepat resah,aku tetap sayangkan dia..
Namun,kisah kami tidaklah seindah yang dikhabar.Kami sering bertengkar tidak kira masa..Bergaduh berhari lamanya..Namun hatinya yang cepat sejuk juga senang untuk menghilangkan kemarahan aku..
Dan kisah kami itu sudah pun menjadi memori..Memori indah untuk aku..Aku berjanji tidak akan lagi membuat apa yang tidak sepatutnya.Pengalaman antara kami banyak mengajar aku tentang kehidupan..Hubungan kami hanya bertahan selama 1 tahun 1 bulan genap..Hanya kerana kesalahan orang lain,,kisah kita tergadai..Kelakar kan..Sebulan yang lepas kami sungguh bahagia..Sebulan selepas itu,,hubungan kami runtuh..Dan berdosalah aku jika aku berkata aku tidak sedih tentang ini..Tapi cukuplah setakat itu aku berkata-kata..Semuanya telah berlalu..
Kisah kami berakhir..
DI SINI...
0 comments:
Post a Comment