July 09, 2010

Cara-cara ingin menackle awek..(untuk kaum lelaki)

3 comments
Hallu hallu hallu,,nampaknya kita bertemu lagi ya semua...hari ini Moga tak de nak cerita panjang..Cuma nak bercerita sedikit tentang sedikit tips2 yang boleh digunakan untuk menackle insan yang dipanggil awekss..iyaaaa..Byk tips2 yang anda bole carik di dalam internet ni..So Moga hanya akan bagi serba sedikit tips yang Moga tahu...mengikut Wikipedia,,awek ini bermaksud seorang perempuan yang ingin ditackle(sori aku hentam je)..hehe...
Banyak tips2 yang boleh digunakan ketika ingin menackle golongan mereka..tetapi AWAS!!hanya tips2 yang betul sahaja yang perlu digunakan ketika berada di situasi yang betul..(jangan buat jika anda tidak berani kerana aku pown tak berani..hehe)
-ingin awek sebegini??wow!-


1.Gunakan ayat-ayat jiwang seperti "Akan ku renang longkang itu untukmu sayang,,demi cintamu..".Dan kalau si awek suruh anda berenang betul2,,tanpe ragu2 anda trus mmbuka baju tanpa menghiraukan kurap di perut sebesar pinggan itu,,terus berenang.Pasti si awek akan tergoda..

2.Lafaskan cinta anda di tempat yang betul.Jangan berdua-duaan di tempat yang sunyi.JANGAN!! Sebetulnya,,anda bawa si awek pergi ke kedai mamak berhampiran ketika orang ramai sedang menyaksikan perlawanan final SPAIN dan BELANDA,, dan order satu teh tarik dikongsi bersama dan juga satu roti tisu.Ini dapat menjimatkan duit anda juga..Dan ketika orang ramai sedang bersorak melihat perlawanan itu,,anda terus berdiri di atas meja dan menjerit "SAYA SAYANG AWAK!!!".Awek itu mesti terharu dengan perbuatan anda.

3.Sanggup berkorban apa sahaja untuk si awek.Be prepare..Anda sanggup dibelasah oleh pakwe si awek itu walaupun anda tahu si awek itu sudah berpunya..

4.Selalu memberi kejutan kepada dia..Jika tiba hari jadinya,,berikan sesuatu yang memberi kejutan kepada dia seperti membelikannya I PHONE 3Gs ataupun mungkin anda boleh memberi Beg tangan Prada..Si awek suka akan kejutan.

5.Be alert tentang perubahan dirinya.Ini akan menarik perhatian si awek bahawa anda memang mengambil berat tentang dirinya.Contohnya berapa jerawat si awek ada di muka.Perhatikan dan cakap kepada si awek jika ada pertambahan jerawat itu.Ini akan membua si awek terharu kerana anda mengambil berat tentang dirinya.

Itu serba sedikit tentang tips2 untuk menackle seorang awek.Selamat mencuba.Tapi takde cap SIRIM untuk ini..Berani buat berani tanggung ye..hee~

July 07, 2010

Ramalan Paul Si Sotong Kurita untuk Spain dan Germany...

0 comments
Masih ingat lagi sotong kurita yang meramalkan germany akan menang menentang England dan Argentina?haha..Kali ini Sotong Kurita yang bernama Paul ini telah meramal game di antara Spain dan Germany...

Keputusannya????

-Spain!!!!-

haha..dan pasukan pilihan moga sudah semestinya SPAIN...hahaha...Jika ingin mengetahui kebenarannya,,saksikan Perlawanan antara Spain dan Germany pada jam 2.30 pagi esok di Astro Channel 805 atau di kedai-kedai mamak berhampiran..Cerita sepenuhnya di sini

p/s:Kita sebagai orang Islam tidak harus percaya kerana semuanya merupakan qada dan qadar dari Allah..



July 06, 2010

Fakta menarik tentang World Cup 2010

0 comments

World cup 2010 masih lagi belum melabuhkan tirainya.Kini hanya tinggal 3 perlawanan lagi..2 perlawanan separuh akhir:Spain vs Germany dan Uruguay vs Netherland..Dan perlawanan akhir yang masih menjadi tanda tanya..Namun tahukah anda bila World Cup ini sebenarnya bermula?Dan pasukan manakah yang beraksi dalam perlawanan pertama dalam World Cup yang pertama?Moga akan menyediakan beberapa maklumat yang menarik tentang World Cup:


  1. WC yang pertama telah diadakan pada tahun 1930 dan diadakan setiap 4 tahun.Namun,pada tahun 1942 dan 1946,WC tidak dapat diadakan kerana Perang Dunia kedua tercetus.     
  2. Frenchman Lucien Laurent mencipta sejarah kerana telah menjaringkan gol pertama dalam perlawanan WC yang pertama pada tahun 1930 di Uruguay.
  3. Pemain yang diberi kehormatan untuk menerima kad merah pertama dalam  WC ialah pemain dari Chile,Carlos Caszley pada tahun 1974.
  4. Pemain yang menjadi pemain termuda dalam sejarah WC ialah Norman Whiteside.Ketika beraksi dalam WC,beliau hanya berumur 17 tahun dan 41 hari.
  5.  Hungary telah menjaringkan sebanyak 27 goals ketika WC 1954. Namun begitu, Hungary tewas kepada Jerman Barat 3 – 2.
  6. Roger Milla, dari Cameroon telah menjadi pemain tertua dalam sejarah WC. Dia telah diberi tugas untuk membawa pasukannya di dalam WC 1990.Ketahui sejarah peredaran zaman tentang bola sepak di sini
  7. Brazil merupakan pasukan terbanyak memenangi WC iaitu sebanyak 5 kali..Namu untuk kali keenam,,Tidak lagi kerana pasukan itu sudah tersingkir ketika kalah mengejut kepada Belanda 2-1.
  8. Dunga dan Maradona merupakan antara jurulatih yang pernah menjadi pemain dan membawa pasukan masing-masing di WC..


Berikut merupakan antara fakta-fakta yang menarik World Cup.Dan apa yang akan berlaku pada World Cup kali ini,,Moga tidak dapat mengagak.Tetapi Moga dapat,,bahawa SPAIN akan membawa pulang Piala Dunia kali ini..Bcoz i am a Die-Hard-Fan of SPAIN..hehehehe...VIVA ESPANA!!!


Nike-Write The Future

July 04, 2010

Kumpulan Mime UTP

0 comments

WAJAH disolek mengikut kesesuaian watak yang dilakonkan tanpa suara namun mampu menghidupkan jalan cerita, sekali gus menghiburkan penonton.



Mungkin persembahan mime ini agak asing bagi sesetengah orang kerana ia belum diketengahkan sepenuhnya walaupun wujud beberapa kumpulan mime di negara ini.
Walaupun seni persembahan mime bertapak di Malaysia sejak 1990-an, namun ia seolah-olah tidak pernah berkembang.
Bagi menghidupkan persembahan mime, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty menubuhkan kumpulan mime, Tronoh Theatre Shop (TTS) Mimers yang dianggotai pelajar UTP.

TTS adalah satu kumpulan produksi teater di UTP yang mencungkil bakat baru dalam bidang teater dan diasaskan oleh Dr Shamsul.

Katanya, persembahan mime sama seperti teater biasa, namun yang membezakannya adalah ia dilakonkan tanpa suara, sebaliknya hanya menggunakan mimik muka dan pergerakan badan.

"Memang sukar untuk mempersembahkan mime kerana setiap perlakuan dan pergerakan perlu diperjelaskan bagi memudahkan penonton memahami jalan cerita.

"Setiap penonton mempunyai tahap penaakulan berbeza dan mungkin ada penonton memahami sketsa kami dan ada juga yang tidak faham. Ia satu cabaran kepada pelakon mime," katanya.

Dr Shamsul Rahman atau lebih dikenali sebagai Dr Shark di kalangan pelajarnya berkata, mime tidak memerlukan peralatan atau perhiasan pentas yang keterlaluan kerana kekuatan persembahan itu terletak pada pelakonnya.

"Setiap pelakon mime memikul tanggungjawab besar kerana mereka perlu melakonkan watak sebaik mungkin di samping segala pergerakan dan lenggok badan juga perlu lebih 'mendalam'.

"Sesetengah persembahan mime menggunakan suara, namun secara minimum kerana ia sekadar menjadikan lakonan lebih berkesan," katanya yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam di UTP.

Beliau menimba ilmu dan pengalaman mengenai mime dan teater ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat.

Katanya, seni mime masih dianggap 'hijau' di negara ini, namun ia bertapak sejak sekian lama di negara Barat.

Menurutnya, TTS Mimers lazimnya mengadakan persembahan sebelum atau selepas pementasan sesebuah teater sebagai sketsa selingan.

Katanya, bukan mudah untuk mengajar dan menerapkan seni mime dalam diri pelajar kerana bukan semua orang mempunyai bakat pelawak.

"Semuanya banyak bergantung kepada bakat serta kebolehan seseorang. Malah daya kreativiti diperlukan supaya mesej persembahan disampaikan dengan berkesan.

"Untuk melatih seseorang mahir dalam persembahan mime memerlukan masa lama dan berperingkat, namun yang penting minat mesti ada," katanya.

Menurutnya, dia memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk menentukan tema dan tajuk persembahan mime yang akan diadakan.

Katanya, pada mulanya dia akan melatih dan memberi tajuk persembahan namun apabila pelajarnya mampu bergerak sendiri, dia memberi mereka peluang meluahkan idea.

Menurutnya, sesetengah orang mengaitkan persembahan mime dengan aksi badut, namun ia adalah dua aktiviti berbeza.

"Biasanya badut melebih-lebihkan pergerakan dan mimik muka. Wajah mereka juga akan disolek dengan pelbagai warna bagi menimbulkan elemen kelakar.

"Berbeza dengan mime, wajah pelakon hanya disolek sekadar untuk menjelaskan mimik muka dan segala pergerakan perlu dilatih terlebih dulu," katanya.

Buat masa ini persembahan TTS Mimers hanya tertumpu di dalam UTP dan mengikuti jelajah teater TTS di merata tempat.

"Saya merancang memperkenalkan TTS Mimers kepada masyarakat dengan mengadakan persembahan di luar UTP supaya mereka dapat bergerak jauh," katanya ketika ditemui di pementasan teater Tuah Hang Jebat di Taman Budaya baru-baru ini.

Teater berkenaan menceritakan mengenai Hang Tuah dilantik menjadi hulubalang istana selepas berjaya menyelamatkan Datuk Bendahara.

Namun pelantikannya menimbulkan rasa tidak puas hati Datuk Patih Karma Wijaya, seterusnya mengatur rancangan untuk menjatuhkan Hang Tuah.

Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati selepas difitnah cuba memikat Permaisuri Melaka, Tun Teja. Kematian Hang Tuah membuatkan adiknya, Hang Jebat menuntut bela di atas kematiannya, seterusnya menimbulkan beberapa peristiwa berdarah.


NAMA: Mohd Hafiz Jalaluddin
UMUR: 22 tahun
ASAL: Pontian, Johor
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Pengurusan Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (tahun akhir)

UNIK dan mempesonakan. Itu yang dapat disimpulkan oleh anak muda ini mengenai seni mime diceburinya.

Katanya, seperti orang lain, sebelum ini dia tidak tahu apa itu mime, apatah lagi melihat persembahan lawak bisu itu.

"Saya menyertai TTS kerana ingin terbabit dalam pementasan teater, namun Dr Shark memberi peluang untuk saya mencuba melakonkan mime.

"Dari situ minat saya timbul kerana saya berasa seni lakonan ini sesuatu yang mencabar dan menarik. Sehingga kini saya hanya fokus kepada persembahan mime," katanya.

Baginya, persembahan mime sama dengan teater, cuma yang membezakannya hanya daripada segi penggunaan suara.

"Tidak wajar jika ada pihak memperkecilkan kebolehan kami kerana lakonan mime lebih mencabar," katanya.


NAMA: Asyraf Nazmie Abdul Halim
UMUR: 21 tahun
ASAL: Batu Gajah, Perak
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Pengurusan Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (tahun ketiga)

"BUKAN mudah buat orang ketawa dan itu cabaran bagi saya untuk mempersembahkan lakonan lawak yang tidak menggunakan suara," katanya.

Menurutnya, dia perlu memperincikan segala pergerakan dan pada masa sama mempamerkan mimik muka seiring dengan situasi ketika persembahan.

"Pada mulanya sukar melakonkan mime tetapi atas tunjuk ajar Dr Shark, saya kini mampu mempersembahkannya," katanya.

Persembahan mime bukan bersifat lawak semata-mata, sebaliknya menerapkan mesej dan elemen positif dalam setiap persembahan.

"Saya banyak menonton persembahan mime pelakon mime di negara Barat untuk dijadikan panduan bagi memantapkan lakonan saya," katanya.


NAMA: Ammar Asyraf Amran
UMUR: 18 tahun
ASAL: Gurun, Kedah
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Pengurusan Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (tahun pertama)

DIA mula jatuh cinta dengan seni persembahan mime ketika mengendalikan peralatan untuk pementasan teater TTS.

Dari situ dia menyaksikan setiap persembahan mime dengan penuh minat hinggalah memberanikan diri untuk menyertai TTS Mimers.

Katanya, dia mengakui mempunyai sifat humor namun ia susah dilakukan tanpa menggunakan suara.

"Mungkin mudah untuk mempersembahkan sketsa lawak dengan menggunakan suara, namun sukar jika mempersembahkan lawak bisu kerana penonton mungkin tidak faham apa yang cuba kami sampaikan.

"Saya banyak menerima tunjuk ajar daripada pensyarah dan juga senior bagaimana mempersembahkan mime yang terbaik," katanya

-Petikan dari Harian Metro-

p/s:aku dah menyaksikan sendiri persembahan mereka.Sungguh menakjubkan dan menghiburkan walaupun tanpa ada pertolongan dari sebarang peralatan.

Siapa itu Che Guevara..

0 comments



Ernesto Guevara de la Serna (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajarperubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosialGuatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) . Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.
Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20

 Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che, digunakan sama seperti "hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.
-Taken from wikipedia-

“I don't care if I fall as long as someone else picks up my gun and keeps on shooting.”

-Che Guevara-


July 03, 2010

Invisible Detector For YM

0 comments

Ingin tahu sama ada rakan anda sebenarnya invisible,off9 ataupon on9 di Yahoo Massenger?Anda boleh menggunakan Invisible Detector..Ia boleh melihat sama ada rakan anda 0ff9 ataupon tidak..Cool stuff..

check it out at:

THE END of Our Story..

0 comments

Aku terduduk terdiam..Tidak sangka kisah kami akan berakhir begini..
Cerita bermula di sini.......
Aku dan dia baru sahaja berkenalan..Kami hanyalah insan biasa seperti orang lain..Namun pada suatu hari terdetik di hatinya untuk bertanyakan kepada aku tentang cinta..Masih segar di ingatan ku..Dia bertanya kepadaku.."Apa itu Cinta?"tanyanya ringkas.."Cinta itu perasaan sayang yang tidak terhingga kepada seseorang"
"Awak pernah bercinta?"dia bertanya lagi.."Pernah,,tapi dah lama..Dan sekarang hati saya sudah terbuka untuk orang lain seperti kamu."jawabku dalam nada yang ingin melawak..

   Tetapi dalam diam,,sebenarnya aku sudah lama menyimpan hasrat kepada dia.Walaupun aku tidak mengenalinya,,namun ada perasaan yang membuatkan aku ingin mengenalinya lebih rapat.Sejak dari itulah aku mula rapat dengannya..Dan mula timbul rasa cinta aku kepadanya..
 Aku sangat mengenalinya..Dia seorang yang berfikiran terbuka,baik hati,peramah,baik hati,suka membuat aku ketawa,teman ketika aku berduka,senang dan juga susah..walaupun sikapnya kadang-kala  kebudakan,degil,dan seorang yang cepat resah,aku tetap sayangkan dia..

    Namun,kisah kami tidaklah seindah yang dikhabar.Kami sering bertengkar tidak kira masa..Bergaduh berhari lamanya..Namun hatinya yang cepat sejuk juga senang untuk menghilangkan kemarahan aku..

   Dan kisah kami itu sudah pun menjadi memori..Memori indah untuk aku..Aku berjanji tidak akan lagi membuat apa yang tidak sepatutnya.Pengalaman antara kami banyak mengajar aku tentang kehidupan..Hubungan kami hanya bertahan selama 1 tahun 1 bulan genap..Hanya kerana kesalahan orang lain,,kisah kita tergadai..Kelakar kan..Sebulan yang lepas kami sungguh bahagia..Sebulan selepas itu,,hubungan kami runtuh..Dan berdosalah aku jika aku berkata aku tidak sedih tentang ini..Tapi cukuplah setakat itu aku berkata-kata..Semuanya telah berlalu..
Kisah kami berakhir..
DI SINI...

Misteri di sebalik perlawanan USA dan England

0 comments



England berdepan dengan United States pada hari kedua World Cup 2010 di South Africa,dan itu merupakan pertemuan yang kedua bg kedua-dua negara itu di ketika World Cup

Pertemuan sebelumnya - pada 1950 - boleh dikatakan sebagai satu pertemuan yang hebat kerana pada waktu itu,USA telah mengalahkan England.

Joe Gaetjens, pemain USA, telah menjaringkan gol pada hari itu, memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan "underdog"itu.

Gaetjens yang menjadi hero kepada USA, dia kemudiannya dibunuh ketika tampuk penguasaan Haiti dipegang oleh diktator Francois "Papa Doc" Duvalier.

Apa yang sebenarnye telah terjadi masih menjadi tanda tanya, tetapi Todd Baer, kawan kepada Gaetjens, telah pergi ke Port-au-Prince,daerah Haitian , untuk mencari jawapannya:


I didn't know Joe Gaetjens, but my grandfather did. Like Gaetjens my grandfather, John "Frenchy" Boulos, was a Haitian-born American football star.

They both played professionally in the US and today both are members of the US Soccer Hall of Fame.

"Frenchy and Joe were a lot alike. They were good players, fair players and overall good guys. Everybody liked them," says their former teammate Walter Bahr.

They both scored some great goals during their careers, but one by Gaetjens is still talked about today.

World Cup upset
"Frenchy" Boulos was, like his friend Gaetjens, a member of the US Soccer Hall of Fame
It happened during the first round of the 1950 World Cup in Brazil. The United States were playing England - then known as the kings of football - and were considered such underdogs that even the US coach, Bill Jeffrey, told his team: "We have no chance ... do the best you can."

But, in the 37th minute, US midfielder Walter Bahr took a shot and as the ball sailed towards the net, Gaetjens launched himself forward and deflected it in with his head.

"It was a legitimate shot. I hit it fairly well. I knew it was going to be on goal and the goalkeeper had to move to his right to handle my shot," Bahr explains.

The US held on to their one goal lead and defeated England 1-0 in perhaps the greatest upset in World Cup history.

"How are they ever going to live down the fact we beat them?" defender Harry Keough asked after the game.

Sixty years on, Keough says the English players were great sportsmen who simply came out on the wrong end of a shocking result.

"The better team on that day did not win. On paper England was a better team than ours. But when you go out to play in any game, there is always a chance and you should really never forget that."

Different paths
After he was carried off the pitch by fans on that June day in 1950, Gaetjens went on to play professionally in the US and Europe.

In the American soccer league, Gaetjens played for Brookhattan in New York, while Boulos played for Brooklyn Hispanos.

But, when their professional careers came to an end, the two men's lives took two very different paths.
Boulos stayed in New York, while Gaetjens returned to Haiti as a hero in 1953.

He started a successful business, married, had children and coached youth football in Port-au-Prince, the Haitian capital.
He was doing well, but life in Haiti was changing.

In 1957 dictator Francois "Papa Doc" Duvalier became president.

He formed the Tonton Macoutes - a brutal militia that kidnapped and killed anyone Duvalier felt threatened his grip on power.
Gaetjens was not involved in politics, but his brothers were, which made him a target.

Death chamber
On the afternoon on July 8, 1964, two officers from the Tonton Macoutes showed up at the dry cleaning store Gaetjens owned in downtown Port-au-Prince and arrested him.

They took him to Fort Demanche prison - a torture and death chamber in one of Port-au-Prince's poorest slums. When the inmates there were not shot, they were starved to death. Some died of disease.
Life in Fort Demanche was unbearable says Bobby Duval, who like Gaetjens was locked up there without charge.
"The conditions were horrendous - when they send you there they don't want you out. After eight months in there I was down to 90 pounds and dying," Duval says.

Six years after he was taken away, the Haitian government admitted to Gaetjens' family that he was dead.
He was one of 3,000 people imprisoned in Fort Demanche who never walked out.

Mystery
Team picture from 1946 Liverpool game shows Boulos (top row, third from right)
But exactly how he died remains a mystery to this day. His family has had to sift through the teledjol (the Creole word for rumours).
One story has it that a few days after he was taken to Fort Demanche, Duvalier stormed into the prison in a fit of rage and personally shot Gaetjens.
But this has never been officially confirmed.
"I believe this is possible," says Mathilde Flambert, Gaetjens' youngest sister. "I believe this is possible, yes why not. He [Duvalier] was an assassin, he was one assassin."

There is no official record of what happened and most of those who might know - the head of the Tonton Macoutes at the time, fellow inmates, prison guards and "Papa Doc" - are dead.
A handful of current and former Haitian government officials refused Al Jazeera's request for interviews.
"I want to know who killed my brother, I want to know," says Flambert.

"It's beyond understanding why someone can't come up with an answer," says former teammate Walter Bahr.
When I started working on this story I just wanted to find out what happened to my grandfather's old friend. But 60 years after Joe Gaetjens scored one of the most significant goals in international football history the truth remains as elusive as ever.